Seorang anak mendapatkan ibunya yangsedang sibuk menyediakan makan malamdi dapur lalu menghulurkan sekepingkertas yang bertulis sesuatu. Si ibusegera mengesatkan tangan di apronmenyambut kertas yang dihulurkan olehsi anak lalu membacanya. Kos upahmembantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyummemandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibumencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelahmembaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Sabtu, Januari 24, 2009
kasih sayang ibu...
Posted by siti shafeera bt kamal azman shah at 1/24/2009 02:39:00 PG
Labels: motivasi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan