CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke laman ini!!!
semoga
memberi seribu manfaat kepada anda....


Ahad, Januari 25, 2009

Insaf lah!!!

Hari Kiamat semakin hampir

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang." - Sahih Muslim~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah ~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?..

4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani~ George Bush, Ariel Sharon.... Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang". ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani~ tak caya gi tengok... 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim ~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq...13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN?LAIN! Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."pesanan…Apakah Persediaan Kita Untuk Menghadapi Hari Pembalasan Kelak….Wallahualam….

Sabtu, Januari 24, 2009

kasih sayang ibu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yangsedang sibuk menyediakan makan malamdi dapur lalu menghulurkan sekepingkertas yang bertulis sesuatu. Si ibusegera mengesatkan tangan di apronmenyambut kertas yang dihulurkan olehsi anak lalu membacanya. Kos upahmembantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyummemandang si anak sambil sesuatuberlegar-legar si mindanya. Si ibumencapai sebatang pen dan menulissesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku -PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelahmembaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Khamis, Januari 22, 2009

kesempurnaan iman di ukur dengan 3 sifat dimiliki individu

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain." (Hadis riwayat Ahmad). Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu, manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat serta membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat melimpah ruah.
Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa juga yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-Nya. (Surah al-Israk, ayat 30) Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan fizikal (material, intelektual dan lain-lain) di mana semua komponen ini saling berkait rapat serta penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwah yang dituntut oleh Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap Muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.
Ia bagi memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati, di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup bersifat individualistik, menyombong diri, mementingkan diri tanpa menghiraukan orang lain. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya. (Hadis riwayat al-Tabrani).

pendirian OBAMA terhadap Palestin terus dipersoal..



Pendirian Obama terhadap Palestin terus dipersoal

OBAMA melambaikan tangan kepada orang ramai di sisi anaknya, Malia selepas majlis angkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-44 di Washington, semalam.
WASHINGTON: Ikrar Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama untuk mewujudkan 'hala tuju baru' dalam hubungan dengan dunia Islam selepas menghadapi masalah selama lapan tahun di bawah bekas presiden, George W Bush dialu-alukan oleh tokoh Islam, tetapi pendiriannya terhadap isu Palestin masih dipersoalkan. "Ikrar hala tuju baru itu adalah sesuatu yang baik tetapi beliau perlu mengubah dasar negaranya terhadap konflik Israel dan Palestin terlebih dulu," kata pemimpin Nahdatul Ulama, Maskuri Abdilah yang mengetuai pertubuhan Islam terbesar Indonesia. "Penyelesaian isu ini amat penting kerana ia menjadi punca kepada semua keganasan dan ketegangan di antara dunia Islam dan Barat."

Dalam ucapan sulungnya sebagai presiden kelmarin, Obama selain berikrar mahu memperbaiki hubungan dengan dunia Islam, turut mengulangi janjinya ketika berkempen bahawa Amerika Syarikat akan 'mula menyerahkan Iraq kepada rakyatnya dan meneruskan usaha perdamaian di Afghanistan.' Obama, yang menghadapi cabaran hebat di kalangan dunia Islam - dari wilayah Palestin hingga ke Iran, Iraq, Afghanistan dan Pakistan, akan memperkenalkan cara baru serta menjanjikan keseimbangan dalam pendekatan diplomatik, ketenteraan dan bentuk kuasa lain. Beliau juga berkata, pemuliharaan keselamatan selepas pasca 9/11 di Amerika, tidak akan diusahakan dengan mengetepikan idealisme kebebasan AS dan kedaulatan undang-undang, yang dikritik ke atas pentadbiran Bush dalam perangnya terhadap keganasan.
KELUARGA lima beranak Palestin makan dan minum dalam keadaan menyedihkan di kediaman mereka yang musnah dibedil tentera Israel di kem pelarian Rafah, selatan Gaza, kelmarin. Gencatan senjata membolehkan agensi antarabangsa menilai kemusnahan teruk di Gaza.
Di PAKISTAN, seorang pemimpin kanan parti Jamaat-i-Islami, Khurshid Ahmed mengucapkan selamat berjaya kepada Obama tetapi agak hampa presiden baru itu masih sunyi sepi terhadap pembunuhan rakyat Palestin di Gaza. "Saya hanya mampu berdoa. Saya memegang harapan (terhadap Obama) tetapi turut bimbang," katanya. Di AFGHANISTAN, penganalisis dari Pusat Penyelidikan dan Kajian Dasar Haroun Mir berkata ucapan Obama memberi isyarat kuat bahawa beliau mahu memperbaiki hubungan dengan dunia Islam. "Sudah wujud keyakinan terhadap kepimpinan Obama di dunia Islam," katanya.
Jurucakap Taliban, Yousuf Ahmadi berkata kumpulannya yang digulingkan tentera Amerika pada 2001 tidak mempunyai masalah dengan Obama jika beliau mengundurkan tentera negaranya dari bumi Afghanistan. "Beliau mesti mengambil iktibar daripada pengalaman Bush dan tentera Soviet sebelum ini," katanya dari Kabul. Di GAZA, majlis mengangkat sumpah bersejarah Barack Obama tidak membawa sebarang makna. "Obama tidak akan menghidupkan semula suami saya," kata Leila Khalil yang kehilangan suami akibat dibunuh tentera Israel dalam serangan mereka ke atas wilayah Palestin itu. Di seluruh wilayah itu, penduduk tidak menaruh harapan tinggi Obama akan menghilangkan penderitaan mereka selepas tiga minggu dizalimi tentera rejim Zionis. "Tiada Presiden Amerika yang akan membayar ganti rugi kepada apa yang kami hilang dari perang, tidak akan menghidupkan mereka yang syahid atau menyembuhkan luka atau membina semula rumah," kata Samih Zouhdi, 53. Bagi Umm Mohammad, Obama tidak membawa sebarang harapan kepada anak-anaknya yang masih trauma. "Bush atau Obama tidak akan membuat kami lupa kepada ketakutan dan ketiadaan rumah seperti yang kami harungi ketika itu," katanya. Sekurang-kurangnya 1,300 penduduk Palestin, termasuk 410 kanak-kanak, terkorban dalam serangan udara, laut dan darat tentera Yahudi ke atas Gaza. - AFP/Agensi

Sabtu, Januari 03, 2009

Apa yang kau cari???

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. … Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. … Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Sifat malu perempuan

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.
Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Cara memikat insan idaman?

BAGAIMANA LELAKI MEMIKAT PEREMPUAN

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya.
Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya.
Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup.
Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspada lah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

BAGAIMANA PEREMPUAN MEMIKAT LELAKI

Apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak -geri nya. Kaum wanita turut mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan memikat lelaki ataupun dengan harapan ada lelaki yang terpikat padanya. Seperti juga lelaki, apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak- geri nya. Sebagai balasan, wanita mengharapkan respon positif daripadanya. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai keberanian untuk bertingkah laku demikian.
Selain itu, terdapat sesetengah wanita yang menonjolkan diri dengan bersolek supaya ada lelaki yang tertarik padanya. Walau bagaimanapun, kaedah ini agak keterlaluan bagi masyarakat beragama Islam dan perbuatan sebegini biasanya dilakukan oleh orang Islam yang kurang kesedaran keagamaan ataupun kurang berpegang teguh kepada ajaran agama. Malah, Islam hanya membenarkan wanita bersolek dan berhias untuk tatapan suami sahaja.
Wanita juga akan berketrampilan menarik sebagai tujuan memikat lelaki. Penampilan itu adalah daripada berbagai-bagai aspek seperti penonjolan bentuk badan, cara berpakaian dan cara berjalan. Dalam kaedah ini, walaupun seseorang itu kurang kelihatan menarik daripada segi rupa paras, mereka masih boleh lagi kelihatan menarik dengan menggayakan penampilan tertentu.
Kesempatan ini harus diambil oleh kaum wanita untuk mempamerkan ciri wanita anggun dan bergaya tetapi pada masa yang sama menjaga kesopanan diri. Ini kerana bagi lelaki, bagi mendapatkan keseronokan, mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja (wanita) asalkan wanita itu respon padanya dan dapat memenuhi keperluan instrumental. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun, berakhlak mulia, menjaga kehormatan diri.

Khamis, Januari 01, 2009

Al-Quran Panduan Hidup




Berpegang lah pda kalam Allah s.w.t..