CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke laman ini!!!
semoga
memberi seribu manfaat kepada anda....


Sabtu, Disember 27, 2008

warkah untuk hawa


Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.
Hawa,
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Hawa…
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.
Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

Muslimah Sejati


Rabu, Disember 24, 2008

Majlis Graduasi Sekolah



Assalamualaikum n salam sejahtera!!!!
ni kwn2 sy, yg ats dri kiri; asmidar, ayuni, fazilah n farah..
yg kt bwah ni lak nabilah n sy..
kami smua pngawas, hehehe... sambil2 2 kami gak jd pengganas, hahahaha... msa ni, ada majlis Graduasi yg pertama kat skul kami. INSYAALLAH, taun dpan kami akn ikut jejak kakak2 n abg2 yg dh b'jya...
doakn yg t'baik buat kami ye....
ok, da hal jap. smbung citer len kali erk...
BYE2x....

Best Student..



gmbr ni kami b'gmbar ngan best student skul kami... yg pkai bju hitam tuuuu... dia dpat 10A 1B lam trial spm...
hrap2 dpt ikut jejak dia..

Kecantikan Seseorang Adalah Dari ALLAH s.w.t


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Selasa, Disember 23, 2008

JANJI KITA


Jernihnya muka seorang bayi...
ketika ini, kita d ibaratkan seperti sehelai kain putih. ibu bapa yang akan mencorakkan.
jika baik ajarannya, maka baiklah insan ini dan sebaliknya.
sebelum kita keluar dari alam rahim, di sana kita pernah berjanji hanya ALLAH tuhan yang patut disembah. kita juga berjanji kita akan membuat kebaikan di dunia ini..
tapi....
adakah semua janji itu kita kotakan...
FIKIR-FIKIRKAN LAH!!!!!

Rabu, Disember 17, 2008

Taubat Seorang Hamba

hati hiba mengenangkan
dosa-dosa yang ku lakukan
oh tuhan maha kuasa
terima taubat hamba berdosa

(chorus)
ku akui kelemahan diri
ku akui kekurangan ini
ku kesali kejahilan ini
terimalah 3x
taubatku ini...

telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan
kerna hilang dari jalan
menuju redhamu ya tuhan

(chorus)

di hamparan ini ku meminta
moga taubatku diterima

(chorus)2x



Jamuan Akhir Tahun Pengawas SMK Jeli 2008




Assalamualaikum..

di sebelah sy ni, pengetua bru sekolah sy..

nama beliau, Tn Hj. Sauti bin Ismail.

beliau sangat baik, tegas, dan berdisiplin dalam menjalankan tugas. gmbar ni sy ambil ketika jamuan akhir tahun badan pengawas 2008 di Permai Beach Resort..

kami bertolak ke sana pd pkul 7.30 pg n smpai kat sana lbih krang pkul 9.30 pg. N then, xtvt kami sterusnya ialah sukaneka.. hehehe.. meriah!!! acara nya ialah; bola tampar pantai, kail botol, terompah gergasi, boling pantai, cari gula-gula dalam tepung n last sekali rakit darat...

after that, ada acara rasmi iaitu perasmian n penyampaian hadiah.. masa 2 sy yg paling kalut, hehehe... kene jadi pengerusi majlis... tuhan je yg tau, berdebar siot!!! spontan 2... bnyak gak lah yg t'shashur, hahaha.. MALU!!! tp alhamdulillah, acara 2 selesai.......

slpas acara 2, kami ada barbeque ayam, ikan, sotong n udang.. memang best lah, smua nya sporting n bekerjasama. I like it... hehehe.. masa 2 ada yg p posing kat tepi pantai, ada yg kne bkar lauk-pauk n ada gak la yang dok goyang kaki.. slpas smua dh mkn n dah pnat.. kami bertolak pulang pkul 4.30 ptg n smpai di p'krangan skul kami pkul 7.oo... sy b'hrap xtvt sbgini akn d adakan lg pd taun2 akn dtg... INSYAALLAH!!!

Doa Ibu Bapa

Ya ALLAH,
ampunkan dosaku,
dan dosa ibu bapaku,
kasihanilah mereka,
seperti mana,
mereka,
mengasihi daku....