CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Selamat datang ke laman ini!!!
semoga
memberi seribu manfaat kepada anda....


Sabtu, Januari 03, 2009

Apa yang kau cari???

Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja…. kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. … Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. … Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Sifat malu perempuan

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan-jalan raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Apakah keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki, terdapat banyak kelainannya.
Dalam sebuah hadis, Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita, apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia berbuat baik, dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian tidak menutup aurat (seksi) dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarikperhatian.
Oleh sebab itu Allah S.W.T. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.
Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak-tanduk seorang wanita. Tapi apa halnya kalau tidak tahu malu ? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud: “Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.”
Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.
Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang malu sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat.
Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.
Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah dan tidak cinta kepada syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.
Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak saperti majalah Hai, Mangga, URTV dan sebagainya, media elektronik seperti rancangan-rancangan hiburan dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam dan kemungkaran berlaku, tidak berkecuali dilakukan oleh wanita.
Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Cara memikat insan idaman?

BAGAIMANA LELAKI MEMIKAT PEREMPUAN

Terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya.
Kaum lelaki lazimnya cuba memikat wanita dengan melakukan aksi-aksi tertentu. Antaranya adalah dengan melontarkan satu renungan tajam kepada seseorang wanita yang diminatinya. Ini bertujuan untuk memberitahu bahawa dia begitu berminat dengan wanita itu dan berhasrat supaya mendapat respon atau reaksi positif daripadanya.
Selain itu, terdapat juga sesetengah lelaki yang berlagak macho dengan mempamerkan susuk badan yang gagah dengan harapan ada gadis yang akan terpikat atau tertarik padanya. Apabila lelaki berkesempatan untuk berkomunikasi dengan wanita yang diminatinya, dia akan menceritakan berkenaan kebaikan dirinya, kejayaan hidupnya dan lain-lain gambaran positif berkenaan diri dan kehidupannya. Ini bertujuan untuk memberitahu wanita itu bahawa dia adalah seorang yang baik hati, berwawasan dan berjaya dalam hidup.
Tidak kurang juga lelaki yang menunjukkan sikap pemurah sebagai cara hendak memikat wanita. Mereka berbudi dengan memberikan hadiah, belanja makan, mengajak untuk bersiar-siar menaiki kenderaannya dengan hasrat dapat memancing hati wanita itu. Namun, berwaspada lah kaum wanita kerana tidak semua lelaki bersikap ikhlas dan jujur.

BAGAIMANA PEREMPUAN MEMIKAT LELAKI

Apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak -geri nya. Kaum wanita turut mempamerkan aksi-aksi tertentu dengan tujuan memikat lelaki ataupun dengan harapan ada lelaki yang terpikat padanya. Seperti juga lelaki, apabila wanita mula meminati seseorang lelaki, dia memberi renungan tajam dengan harapan lelaki itu menyedari ada individu lain yang menghargai kehadirannya dan memerhatikan gerak- geri nya. Sebagai balasan, wanita mengharapkan respon positif daripadanya. Walau bagaimanapun, tidak semua wanita mempunyai keberanian untuk bertingkah laku demikian.
Selain itu, terdapat sesetengah wanita yang menonjolkan diri dengan bersolek supaya ada lelaki yang tertarik padanya. Walau bagaimanapun, kaedah ini agak keterlaluan bagi masyarakat beragama Islam dan perbuatan sebegini biasanya dilakukan oleh orang Islam yang kurang kesedaran keagamaan ataupun kurang berpegang teguh kepada ajaran agama. Malah, Islam hanya membenarkan wanita bersolek dan berhias untuk tatapan suami sahaja.
Wanita juga akan berketrampilan menarik sebagai tujuan memikat lelaki. Penampilan itu adalah daripada berbagai-bagai aspek seperti penonjolan bentuk badan, cara berpakaian dan cara berjalan. Dalam kaedah ini, walaupun seseorang itu kurang kelihatan menarik daripada segi rupa paras, mereka masih boleh lagi kelihatan menarik dengan menggayakan penampilan tertentu.
Kesempatan ini harus diambil oleh kaum wanita untuk mempamerkan ciri wanita anggun dan bergaya tetapi pada masa yang sama menjaga kesopanan diri. Ini kerana bagi lelaki, bagi mendapatkan keseronokan, mereka akan berkawan dengan sesiapa sahaja (wanita) asalkan wanita itu respon padanya dan dapat memenuhi keperluan instrumental. Namun, untuk dijadikan teman hidup, mereka tetap memilih wanita yang baik, bersopan santun, berakhlak mulia, menjaga kehormatan diri.

Khamis, Januari 01, 2009

Al-Quran Panduan Hidup




Berpegang lah pda kalam Allah s.w.t..